Kemboja Di Hati (2016) TV Alhijrah


Saksikan drama terbaru Kemboja Di Hati yang diilhamkan dari novel 'Kemboja Di Hati' karya Ramlah Rashid.Menampilkan pelakon Eizlan Yusof, Ashrah Muslim dan Syatilla Melvin.

Tayangan: TV Alhijrah
Siaran: Mulai 6 Januari 2016 (Rabu & Khamis, 9.30 malam)
Jumlah Episod: 13
Status: Tamat


Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Lagu Tema OST. Drama Kemboja Di Hati
Lagu: Jiwaku Sekumtum Bunga Kemboja
Penyanyi: Panji Sakti

Pelakon Drama Kemboja Di Hati
Eizlan Yusof, Siti Shahrizah (Eja), Ashraf Muslim, Syatilla Melvin, Erynne Erynna, Naim Daniel dan Ainin Batrisya.

Sinopsis Drama Kemboja Di Hati
Drama ini memaparkan kisah dua beradik, Imtizam dan Faisal yang dibesarkan di rumah anak yatim milik Tuan Haji Hashim, seorang dermawan di Banting, Selangor.

Memiliki perwatakan berbeza, Imtizam membesar menjadi seorang yang prihatin terhadap masyarakat yang memerlukan.Berbeza dengan Imtizam, Faisal lebih fokus kepada perkara kecik di sekeliling hidupnya, yang juga tidak kurang pentingnya.

Takdir menentukan, Imtizam berjaya menikahi Solehah, wanita berjiwa besar yang mengabdikan dirinya kepada kerja amal.

Malang bagi Faisal, cintanya ditolak mentah-mentah oleh Solehah. Kecewa dengan perkahwinan Imtizam dan Solehah, Faisal membawa diri ke Jordan untuk menyambung pelajaran.

Rumah tangga yang dibina atas dasar kasih sayang utuh dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu Zalis, Zarifi dan Zaza. Solehah akhirnya memutuskan untuk tidak lagi terbabt secara langsung dengan kerja amal demi menjaga rumah tangganya.

Imtizam pula saban hari semakin aktif menjadi mubaligh moden. Tanggungjawab itu membuatkan dia menyerahkan sepenuhnya tugas memdidik anak kepada Solehah. Imtizam juga tidak sedar si isteri menghidap menyakit kritikal yang boleh meragut nyawa bila-bila masa saja.

Imtizam berlepas ke Darfur untuk misi kemanusiaan yang seterusnya. Takdir Allah, pemergian kali ini mengundang duka. Solelah meninggal dunia di hadapan anak-anaknya. Imtizam hanya tiba ke tanah air sejurus selepas wanita itu dikebumikan.

Memandang wajah anak-anaknya nyata menggamit duka. Imtizam seakan-akan tidak percaya isterinya sudah pergi buat selama-lama. Anak-anak pula menyalahkan Imtizam kerana tidak pernah peka dengan kesihatan ibu mereka.

Ketika lelaki itu dihimpit tekanan, Faisal hadir menghulur bantuan. Namun, apa pula yang berlaku seterusnya? Bagaimana nasib Imtizam dan apakah ada ruang untuknya kembali memperbetulkan keadaan?

Back To Top