Cinta Teruna Kimchi (2016) Slot Zehra TV3


Saksikan drama terbaru terbitan Layar Consult Sdn Bhd. Dibintangi oleh Nazim Othman, Johan As'ari, Niena Baharun, dan Risteena Munim. Drama yang ditulis oleh Ummu Hani Abu Hassan dan Hanafi Sarif ini telah diarahkan oleh Heykal Hanifah.

Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 28 Januari 2016 (Rabu - Jumaat, 9 malam)
Jumlah Episod: 13
Status: Tamat

Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

WATAK PELAKON
Nazim Othman sebagai Kang Ye Jun
Johan As'ari sebagai Amin
Nur Risteena sebagai Suraya
Niena Baharun sebagai Saidah
Feiyna Tajudin sebagai Ameena
Bodt Sharade sebagai Faisal
Kamal Ibrahim sebagai Zainal

LAGU TEMA / OST CINTA TERUNA KIMCHI 
Lagu : Lagu Cinta
Artis : Asmara (Music Video Official)

SINOPSIS CINTA TERUNA KIMCHI
Mengisahkan ‘suratan di sebalik satu pencarian’ apabila Kang Ye Jun (Nazim Othman), mahasiswa tahun dua di Universiti Hankuk dalam bidang kajian luar Melayu-Indonesia, cuba mendapatkan jawapan tentang siapakah ayahnya yang sebenar.

Persoalan yang menghantuinya sejak dari kecil itu bertambah runsing apabila dia menemui sekeping foto lelaki berkopiah yang besar kemungkinan adalah ayahnya. Dia lebih kecewa apabila mengetahui ibunya menyorokkan kisah yang sebenar dan membiarkan dia tertanya-tanya.

Berdasarkan foto itu dia yakin bahawa ayahnya berbangsa Melayu sama ada dari Indonesia atau Malaysia. Lantas dia beriya mendalami bahasa Indonesia-Malaysia serta mendalami Islam. Pada awalnya dia menyalahkan agama kerana itu mungkin di antara penyebab dia tidak bertemu ayahnya dari kecil. Malah dia berasa malu kerana ada yang beranggapan dia adalah anak luar nikah.

Keperitan hidup Kang Ye Jun juga menyebabkan dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya. Dalam masa yang sama, hasil didikan ibu dan neneknya, Kang Ye Jun juga gemar memasak dan pandai menyediakan hidangan kimchi. Di berwawasan untuk ke Malaysia bagi membuka restoran kimchi yang memberi makna yang tersendiri bagi dirinya sekeluarga.

Sedang Kang Ye Jun mencari maklumat tentang Islam di Masjid Itaewon, dia mengenali Amin (Johan As’ari) yang merupakan pembantu imam. Pertemuan itu membuka hatinya tentang ketulusan agama Islam. Malah dia juga terpilih untuk menghabiskan pelajaran semesternya di Malaysia.

Di Malaysia, Kang Ye Jun diselia di bawah Suraya (Risteena Munim) yang juga merupakan pensyarahnya. Dalam masa yang sama, Kang Ye Jun sekelas dengan Saidah (Niena Baharun) yang sebenarnya bakal dijodohkan dengan Amin. Suraya bersifat kebaratan namun tenang bersama Kang Ye Jun yang sering memberikan nasihat seperti yang dipelajarinya dari Amin. Manakala Saidah teruja belajar bahasa Korea dengannya. Hubungan erat mereka memerangkapkan mereka dalam segitiga cinta.

Suraya menyukai Kang Ye Jun tetapi Kang Ye Jun menyukai Saidah. Saidah terpaksa melupakan hasratnya kerana menunggu kepulangan Amin. Pada masa yang sama, Kang Ye Jun tetap berazam mencari ayahnya, Haji Yusuf (Rahim Jailani).

Saksikan suratan di sebalik pencarian Kang Ye Jun dalam drama bersiri Zehra berjudul ‘Cinta Teruna Kimchi’ setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam hanya di TV3.
Back To Top